Hilang keyakinan daripada pelabur dalam dan luar negara punca kepada kejatuhan mata wang ringgit, kata pemimpin DAP Zairil Khir Johari.
Zairil berkata ekonomi negara tidak berada di landasan yang tepat, ia dibuktikan dengan hilang keyakinan daripada pelabur "seluruh dunia".
"Ini menunjukkan keyakinan pelabur yang rendah dan seluruh dunia melihat ekonomi Malaysia berada di landasan salah," kata ahli Parlimen Bukit Bendera itu semasa persidangan Malaysia Student Leaders Summit (MSLS) di Kuala Lumpur, pagi ini.
Ringgit kini berada pada paras terendah dan terburuk berbanding dengan negara Asia lain serta jatuh rendah sejak 17 tahun lalu kebelakangan ini.
"Pertumbuhan ekonomi kita hanya datang daripada pembinaan, pembangunan infrastruktur dan sektor minyak dan gas," katanya.
Menurut Zairil lagi, pertumbuhan dalam negara ketika ini disalurkan kepada infrastruktur awam yang mendorong kepada pertumbuhan dan ia mendapat sokongan kerajaan.
"Sudah pasti wujud pertumbuhan. Tapi siapa mendapat manfaat daripada pertumbuhan ini? Hanya 28% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) datang daripada perkongsian buruh," katanya.
"Kos sara hidup sekarang naik lebih pantas daripada kenaikan gaji," katanya.
Zairil membangkitkan mengenai pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan harga minyak dan dengan pelbagai skandal kewangan dihadapi kerajaan sekarang.
sumber
No comments: