» » Pertukaran pegawai SPRM tidak sah dan langgar perlembagaan Malaysia


Pada 7 Ogos 2015, dua pegawai kanan SPRM, Pengarah Operasi Khas, Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Rohaizad Yaakob, dipindah tanpa makluman awal ke Jabatan Perdana Menteri.

Pemindahan mengejut ini kelihatan seperti tindakan disiplin atau satu hukuman, kerana kedua-kedua pegawai kanan ini kelihatan menyanggah tindakan polis terhadap beberapa pegawai SPRM berkaitan skandal 1MDB.

Pemindahan ini tidak adil, dilakukan sewenang-wenangnya dan tidak sah di sisi undang-undang.

Penjawat awam tidak boleh dipindah sebagai satu tindakan disiplin, kecuali suatu siasatan dijalankan dan pegawai tersebut diberi peluang yang munasabah untuk didengar hujahnya. Ini jelas dari undang-undang berkaitan pekerjaan, termasuk Fasal 135 Perlembagaan Persekutuan.

Ketiadaan siasatan dan pemindahan secara mengejut membawa maksud wujudnya niat jahat di sebalik tindakan ini.

Selain hak di sisi undang-undang yang ada bagi kedua-dua pegawai tersebut, pemindahan ini menimbulkan kebimbangan yang serius terhadap kebebasan dan integriti institusi SPRM.

Kami menggesa kedua-dua pegawai kanan ini dikembalikan ke jawatan-jawatan asal mereka di SPRM sebelum mereka dipindahkan semalam.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .