» » Punca sebenar Gani Patail disingkirkan dari jawatan Peguam Negara ?


Bila dua akaun bank Jho Low dibekukan di Singapura, langkah seterusnya ialah Republik ini akan mendakwa Jho Low atas kesalahan "money laundering".

Saya sempat temui Tan Sri Gani Patail sebelum beliau diberhentikan di pejabatnya dan bertanya bagaimana nak siasat dan cara huraikan masalah 1MDB.

Tan Sri Gani Patail beritahu hanya satu cara saja untuk tahu semuanya berkaitan 1MDB iaitu dengan bawa pulang Jho Low ke Malaysia dan disiasat secukupnya.

Tan Sri Gani Patail juga beritahu saya sebagai anak Malaysia yang patriotik, beliau akan pastikan Jho Low dibawa balik walaupun terpaksa cara warrant of arrest.

Mendengar kesungguhan yang jitu dari seorang Peguam Negara, saya terus bangun dan bersalam dengan beliau lalu menyatakan" Syabas..Allah bless you".

Tak lama salepas itu saya terpegun bila tersiar berita Peguam Negara diberhentikan. Hasrat untuk berbakti kepada negara dan rakyat turut tersadai.

Tidak hairanlah dalang raksaksa ini Jho Low hilang tak dapat dikesan apabila PAC arahkan beliau datang ke Parlimen untuk disoal selidik.

Rakyat khuatir apa pun badan siasatan yang telah dan akan ditubuhkan tanpa bawa pulang Jho Low " The Dirtiest Mastermind" segala usaha akan sia-sia!


Bekas MB Melaka


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .