» » Beri masa kepada Najib Razak untuk selesaikan skandal 1MDB


Pergerakan Puteri Umno meminta semua pihak memberi sokongan dan kepercayaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyelesaikan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Sebagaimana yang dinyatakan perdana menteri sebelum ini, beri masa dan kepercayaan kepada beliau untuk menyelesaikan isu 1MDB dalam tempoh 6 bulan," kata ketua pergerakan itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sambil meminta semua pihak bersabar, beliau berkata: "Beri ruang untuk mereka selesaikan. Selepas 6 bulan kita lihat bagaimana."

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri Umno bahagian Kota Baru di Kota Baru hari ini.

Pada 1 Ogos lepas, Najib berkata kerajaan mempunyai rancangan untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggung 1MDB dan memerlukan masa 6 bulan untuk memulihkan syarikat itu.

Najib berkata beberapa pihak luar turut menyatakan minat untuk melabur dalam projek 1MDB, sekali gus mencerminkan aset syarikat itu sememangnya bernilai.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata Puteri Umno sedang merangka gerak kerja yang lebih tersusun dalam usaha menjadi benteng menangkis segala serangan pembangkang.

"Saya memanggil semua Ketua Puteri Umno negeri dan merangka gerak kerja untuk sama-sama turun padang bagi menangani segala permasalahan dan fitnah yang dilontarkan terhadap parti dan perdana menteri," katanya.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata beliau akan menjadikan persidangan perwakilan Umno yang sedang berlangsung sebagai platform untuk memberikan penerangan berhubung beberapa isu berbangkit.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .