» » Polis ‘putar belit’ rancangan sebenar BERSIH 4


Penganjur Bersih 4 menuduh polis Kuala Lumpur "memutar belit" perhimpunan yang dirancang mereka pada hujung bulan ini, mengatakan datuk bandar sudah menjelaskan kepada mereka yang kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak diperlukan sekiranya ingin berkumpul di sekitar Dataran Merdeka.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, polis turut berada dalam pertemuan antara mereka semalam apabila datuk bandar memaklumkan perkara itu kepada mereka.

"Mereka ada sekali dalam pertemuan itu dan mereka tahu apa yang datuk bandar kata, iaitu kita tidak perlu dapatkan kebenaran kerana kita tidak akan memasuki Dataran.

"Mereka (polis) memutar belit keseluruhan isu ini seolah-olah kami akan memasuki kawasan Dataran," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai polis Kuala Lumpur yang dilaporkan tidak membenarkan perhimpunan itu diteruskan.

Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa dipetik sebagai berkata, DBKL menolak permintaan Bersih untuk berhimpun pada 29 dan 30 Ogos, dan kumpulan itu tidak mengemukakan semula kepada polis notis untuk mengadakan perhimpunan itu.

Menegaskan yang perhimpunan 34 jam itu akan berjalan seperti dirancang, Maria berkata polis perlu jujur kerana mereka ada menerima borang permohonan dan notis daripada Bersih 2.0.

Beliau berkata, pihaknya menghantar kertas kerja kepada polis bandar raya semalam walaupun polis enggan mengesahkan penerimaannya.

Beliau memberi jaminan peserta akan menghormati sambutan Merdeka yang diadakan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka dan tidak akan memasuki kawasan padang.

"DBKL sudah meletakkan strukturnya dan kami tidak akan merosakkannya, jadi kami akan berkumpul di persekitaran kawasan itu saja.

"Kita tidak akan melakukan sebarang kekacauan demi menghormati sambutan Merdeka, tapi pada masa sama, kami mahu meluahkan suara kami," katanya.

Perhimpunan Bersih 4 akan diadakan juga di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak serta bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Tuntutannya kali ini ialah untuk pilihan raya yang bersih, kerajaan bebas rasuah, hak untuk membantah, memperkukuh demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .