» » Pejabat Peguam Negara masih teliti siasatan BNM ke atas skandal 1MDB



Pejabat Peguam Negara sedang meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung isu firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kami masih lagi meneliti kertas (siasatan) itu. Saya tidak ada komen," kata Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali kepadaMalaysiakini.

"Kertas siasatan itu dihantar kepada kami lewat petang atau sebelum jam lima pada hari gabenor (BNM) mengadakan sidang akhbar.

"Itu bukan (kertas kerja yang telah dihantar kepada kami) seminggu sebelum (sidang akhbar Zeti )," katanya lagi.

Dalam sidang media Khamis lalu, Zeti berkata Bank Negara Malaysia telah membuat kesimpulan berhubung penyiasatan ke atas 1MDB.

Katanya, bank pusat itu telah menghantar kertas siasatan kepada peguam negara dengan mencadangkan supaya penguatkuasaan yang sesuai dibuat.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil penyiasatan kerana beliau tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk berbuat demikian.




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .