Gerakan Harapan Baru (HB) menganggap tindakan menangkap beberapa pegawai pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu 1MDB adalah satu penghinaan terancang terhadap agensi berkenaan.
Timbalan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Salahuddin Ayub menganggap apa yang berlaku adalah cara tidak bertamadun dan memalukan negara di peringkat antarabangsa.
"GHB sangat memahami beban tugas penyiasatan, bekerja keras tanpa waktu dan tekanaan jiwa yang terpaksa ditanggung semata-mata memenuhi kewajipan pada negara.
"GHB juga ingin memberikan penghargaan dan dukungan yang seutuhnya kepada Datuk Bahari Mohd Zin, Pengarah Operasi Khas SPRM yang berikrar untuk mencari dalang sebenarnya di sebalik penangkapan beberapa pegawai penyiasat SPRM yang terlibat dalam penyiasatan isu 1MDB," ujarnya dalam satu kenyataan pagi ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mahu rakyat Malaysia mengadakan solat hajat di seluruh negara ekoran penahanan kakitangan SPRM.
Menurutnya, solat hajat perlu dilakukan selepas solat Jumaat ini dan memohon pegawai-pegawai SPRM yang bertugas membanteras rasuah dilindungi tuhan.
Beliau sendiri akan mengadakan solat hajat di Masjid Nurul Ehsan di Langgar, Kedah.
No comments: