Ketua Pemuda Umno Labis Mohd Sahir Ali Huddin berkata bahagian itu tetap dengan pendirian mahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berehat sementara menanti siasatan isu nasional selesai, lapor Sinar Harian.
Sahir berkata, keputusan itu diterima semua ketua Pemuda cawangan dalam bahagian itu.
"Saya sering mengingatkan ahli Umno di sini (Labis), mesyuarat khas berkenaan situasi politik pada ketika ini yang diadakan baru-baru ini bukannya berniat mengeruhkan lagi keadaan tetapi untuk mengukuhkan parti," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Katanya, mereka di peringkat akar umbi kini berhadapan kesukaran menerangkan isu semasa kepada golongan muda apatah lagi memujuk mereka menyertai Umno.
Beliau berkata, pendirian menggesa Najib itu dibuat berdasarkan pemimpin boleh datang dan pergi namun kelangsungan parti dalam perjuangan perlu diteruskan.
sumber
No comments: