» » Najib Razak perlu jelaskan RM2.6 bilion dahulu sebelum tubuh badan kawal dana politik


Rakyat Malaysia akan hanya yakin dengan rancangan Datuk Seri Najib Razak untuk mengawal dana politik selepas beliau menjawab semua persoalan mengenai RM2.6 bilion yang dipindahkan masuk ke akaun bank peribadinya, kata badan pemantau anti rasuah hari ini.

Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) Cynthia Gabriel berkata meskipun rancangan untuk mengawal pembiayaan politik adalah hala tuju yang betul, tetapi ia tidak boleh dilihat sebagai cara Najib untuk melengah-lengahkan masa.

Katanya, kerajaan transisi perlu untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dalam menangani isu kompleks yang memerlukan kemahuan politik.

“Beliau masih perlu menjawab soalan mengenai siapa derma wang itu, bagi tujuan apa dan berapa banyak yang digunakan untuk pilihan raya umum lalu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Gabriel berkata perlu juga jelas bagaimana rancangan itu akan selari dengan undang-undang serta dasar, dan ia tidak boleh menerima nasib sama seperti Majlis Konsultatif Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Harmoni.

Semalam, perdana menteri mengumumkan menggenai jawatankuasa konsultatif nasional mengenai dana politik.

Najib berkata ia diperlukan untuk memastikan politik yang sihat.

Pengumuman itu dibuat ketika perdebatan sedang hangat diperkatakan mengenai amalan dana politik di Malaysia, di mana tidak ada undang-undang untuk mengawal derma kepada parti politik, atau mendedahkan identiti penderma.

Perdebatan tercetus selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib adalah derma politik.

Najib dan pemimpin Umno lain berkata tidak ada salahnya beliau sebagai presiden parti memegang dana sedemikian dalam akaun peribadinya, untuk parti.

Ada juga yang mempertikaikan dana parti sepatutnya tidak masuk ke akaun bank peribadi tetapi akaun parti.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .