» » 'Kalau betul saya ditaja tentunya saya mewah dan habiskan masa dengan berenang'


Perwakilan Wanita Umno Langkawi yang mendakwa presidennya "mengencing" ahli parti berkenaan, hari ini menafikan beliau ditaja pihak tertentu untuk mengkritik Datuk Seri Najib Razak.

Anina Saaduddin berkata tiada sesiapa mengarahkannya menyampaikan ucapan berkenaan dalam persidangan tahunan pergerakan Wanita Umno Langkawi pada 9 Ogos lalu.

Katanya, jiak dakwaan itu benar, kehidupannya tentu mewah dan tidak perlu pulang ke Langkawi dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas dan feri, sebaliknya menaiki kapal terbang.

"Saya menolak dakwaan bahawa saya ditaja.


"Kalau saya ditaja, saya sudah hidup mewah. Ke mana-mana boleh naik kapal terbang, tinggal di hotel lima bintang dan (habiskan masa) berenang.

"Sekarang kalau balik ke Langkawi saya naik bas dan feri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, Free Malaysia Today melaporkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos mendakwa Anina ditaja oleh pemimpin parti itu sendiri untuk memburuk-burukkan Najib secara terbuka.

Sementara itu, menjawab kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sedang meneliti ucapannya, Anina berkata dia yakin tiada tindakan disiplin akan diambil terhadapnya.


Kata Anina beliau yakin Umno tidak akan mengambil tindakan ke atasnya hanya kerana menegur pemimpin.

" Saya ahli Umno sejak 1993. Sudah 20 tahun lebih jadi ahli Umno. Saya yakin dan percaya Umno tidak akan mengambil apa-apa tindakan hanya kerana saya menegur pemimpin umno

"Saya hanya bawa suara akar umbi. Kalau nak diikutkan, lebih besar kesalahan presiden parti," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .