» » Najib Razak perlu jawab dakwaan Rahman Dahlan beliau terpaksa "buang orang" apabila kertas tuduhan terhadap beliau dibuka


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan kenyataan Datuk Seri Rahman Dahlan beliau terpaksa "membuang orang" apabila dakwaan berhubung kertas tuduhan terhadap beliau dibangkitkan, kata Pengerusi Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo.

Kenyataan ahli Parlimen Puchong itu merujuk kepada satu wawancara bersama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan pada 16 Ogos seperti disiarkan akhbar berbahasa Inggeris The Star.

Gobind berkata, hal berkenaan adalah perkara serius sambil menggesa Najib menjelaskan perkara tersebut secepat mungkin.

"Ia perkara yang serius kerana ia melibatkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, di mana saya merasakan pelucutan jawatannya sebagai ketua peguam negara menjadi satu tanda tanya.


"Ini satu kenyataan yang dibuat pengarah komunikasi strategik BN dan sehingga sekarang tiada penafian daripada perdana menteri.

"Sekiranya perdana menteri tidak respons sehingga esok, DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara ini," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat DAP, di Kuala Lumpur hari ini.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .