» » Gesa polis tahan Rahman Dahlan kerana keluarkan kenyataan ada perancangan jahat sabitkan PM tanpa bukti yang kukuh


DAP menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menahan menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana mendakwa terdapat perancangan jahat menyabitkan perdana menteri dengan kesalahan jenayah dan memecatnya dari pejabat.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Rahman sepatutnya ditahan kerana menyebarkan "berita palsu" di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan terhadap apa yang beliau katakan, melainkan beliau mampu membuktikan terdapat rancangan jahat yang sedemikian.

"Dalam wawancaranya, pengarah komunikasi strategik BN itu bersalah menerbitkan dua berita palsu melainkan beliau dapat membuktikan kesahihan dan kebenarannya," kata Lim pada satu sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

"Yang pertama, terdapat percubaan rampasan kuasa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menyabitkannya dengan kesalahan jenayah dan menggulingkannya daripada pejabat.

"Yang kedua, sudah terdapat rancangan jahat dan rampasan kuasa yang tidak berperlembagaan daripada ketua peguam negara Tan Sri Gani Patail, yang mengetuai siasatan pasukan petugas khas 1MDB dan deposit RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib, dan menyiasat perdana menteri untuk menyabitkannya dengan kesalahan jenayah."

Katanya, terdapat dakwaan yang serius daripada menteri itu dan ia sepatutnya dianggap sebagai berita palsu di bawah undang-undang berkenaan melainkan beliau dapat membuktikannya.

Rahman yang merupakan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, memberitahu The Star, Najib terpaksa "membuang orang" apabila draf kertas pertuduhan terhadap beliau ditimbulkan.

Pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional itu turut memberitahu umum, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyatakan, dakwaan draf tuduhan itu mungkin merupakan satu rancangan jahat untuk menjenayahkan Najib.

Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Rahman memberi satu gambaran yang wujud tipu muslihat dimainkan Putrajaya bulan lepas.

Beliau juga mendakwa, memandangkan Rahman merupakan individu pertama yang bercakap mengenai rancangan jahat untuk menjenayahkan Najib, Lim berkata bantahan menteri itu mengatakan beliau tidak bersalah dan dakwaan yang beliau tidak tahu mengenai perkara itu tidak boleh dipercayai.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .