» » Majlis Fatwa Kebangsaan umumkan vape haram


Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan rokok elektronik atau vape yang semakin popular di kalangan masyarakat terutama orang muda adalah haram.

Pengerusinya Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum itu berdasarkan keputusan mengharamkan shisha sebelum ini.

"Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.

Kita telah putuskan dan tiada masalah mengenai perkara ini. Sebenarnya Kementerian Kesihatan memaklumkan yang mereka sedang menunggu pakar-pakar mereka tetapi kita mendahului kerana daripada segi asasnya, jika ia memudaratkan dan membazir maka daripada segi agama kita tidak setuju perkara seperti itu," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Perak 2015 di Ipoh, semalam

Shisha sebelum ini diputuskan haram pada Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 17 Julai 2013.

Perkara itu diputuskan setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti perubatan dan saintifik yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan buruk terhadap kesihatan umat Islam, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .