» » Ahli Parlimen Pasir Gudang lapor polis sebab dituduh cuba gulingkan kerajaan


Ahli Parlimen Pasir Gudang Normala Abdul Samad membuat laporan polis semalam berhubung dakwaan mengaitkan dirinya terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan seperti tersebar di laman sosial.

Ketua Wanita Umno bahagian Pasir Gudang itu tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam kira-kira 5 petang dan selesai membuat laporan, sejam kemudian.

Normala yang ditemui pemberita berkata beliau terkejut dengan perkara berkenaan dan menegaskan penyebaran 20 nama pemimpin Barisan Nasional termasuk dirinya yang mahu menggulingkan kerajaan itu sebagai fitnah yang berniat jahat.

"Saya sekeras-kerasnya mengecam tuduhan ini. Tuduhan ini boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat.

"Saya sudah menghubungi dan mendapatkan nasihat daripada beberapa kepimpinan tertinggi Umno, pengerusi badan perhubungan Umno Johor serta pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC)," katanya.

Kira-kira 300 individu turut berada di perkarangan IPD terbabit bagi memberikan sokongan kepada Normala.

Normala berkata laporan tersebut dibuat kepada beberapa sumber utama penyebaran fitnah tersebut dan mahu pihak berkenaan bertanggungjawab terhadap artikel yang dimuat naik dalam laman sosial masing-masing.

Beliau turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas bagi mengekang penyebaran maklumat palsu yang boleh menjejaskan reputasi dan kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti pemimpin negara.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .