» » Ketua Pesuruhjaya SPRM berikrar akan pastikan siasatan terhadap SRC International yang ada kaitan dengan skandal 1MDB diselesaikan


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berikrar akan memastikan siasatan terhadap syarikat SRC International berkaitan dengan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan.

Abu Kassim berkata, beliau akan memastikan siasatan dijalankan secara sempurna sebagaimana kes-kes yang disiasat SPRM sebelum ini.

“Selagi saya Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), saya akan memastikan siasatan berkenaan isu SRC‎ International selesai," kata Abu Kassim seperti dilaporkan portal Sinar Harian Online hari ini.

Abu Kassim yang baru keluar dari sebuah pusat perubatan di Subang, Selangor dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh masyarakat yang menyokong SPRM ketika dilanda krisis.

"Saya ucapkan terima kasih kepada masyarakat yang memberi sokongan kepada SPRM semasa kami mengalami krisis," katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan siasatan terhadap SRC akan berjalan sempurna walaupun tanpa penglibatannya secara langsung.

Abu Kassim menerima rawatan hampir 10 hari di pusat perubatan itu selepas melakukan pembedahan pada Jumaat lalu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .