» » 'Jangan ganggu jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO'


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta semua pihak tidak mengganggu jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno kerana beliau dipilih menerusi proses pemilihan parti.

Mukhriz yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata jawatan timbalan presiden parti tidak sama dengan jawatan timbalan perdana menteri yang dilantik oleh perdana menteri.

Sehubungan itu, adalah tidak wajar bagi sesetengah pihak mempertikaikan perkara itu dan meminta Muhyiddin digugurkan daripada jawatannya sebagai timbalan presiden Umno, katanya.

"Kekalkan Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno. Beliau banyak berjasa kepada parti," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Jerlun di Jerlun, hari ini.

Mukhriz yang juga Ketua Umno Bahagian Jerlun menjelaskan pelantikan atau pengguguran seseorang di dalam Kabinet merupakan hak perdana menteri dan tertakluk kepada Perlembagaan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .