Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Saiful Hazizi Zainal Abidin menyifatkan tindakan seorang ahli wanita Umno Langkawi yang mengkritik keras presidennya Datuk Seri Najib Razak sebagai keterlaluan.
Malah, beliau juga kesal dengan tindakan ketua wanita bahagian itu kerana gagal mengawal keadaan sehingga mesyuarat tersebut sebagai medan melepas geram para perwakilan.
"Tindakan tersebut amat keterlaluan dan kalau tak suka sekalipun dengan tindakan presiden itu janganlah hina dan kutuk beliau di khalayak ramai dan secara terbuka.
"Ketua wanita bahagian Langkawi kena ambil tindakan, kawal keadaan dan jangan biarkan mesyuarat bahagian sebagai tempat untuk lepaskan geram," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Semalam dilaporkan rakaman Anina membuat ucapan berapi-rapi itu tersebar meluas di Internet, walaupun Najib sebelum ini berkata tidak akan berundur daripada kedudukannya kerana tiga juta anggota Umno berdiri di belakangnya.
Anina antaranya dilaporkan dilontarkan dalam mesyuarat Wanita Umno Langkawi pada Ahad.
Dalam ucapan keras dan bernada tinggi itu, Anina Saaduddin, tuan punya badan berkata tiga juta anggota Umno kini menjadi mangsa KENCING Najib Razak .
No comments: