» » Cabar 1MDB dedahkan misteri dana USD1.1 bilion di Pulau Cayman


DAP hari ini menggesa presiden 1Malaysian Development Berhad (1MDB) mendedahkan misteri pelaburan berjumlah AS$1.1 bilion yang didakwa ditebus dari Kepulauan Cayman dan sekali lagi mengulangi cabaran untuk berdebat secara terbuka.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua mendakwa Arul Kanda Kandasamy “berbohong” ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah memberitahu sidang parlimen baki pelaburan 1MDB yang diuruskan Cayman Monetary Authority sebanyak AS$1.1 bilion ditebus dengan aset dan diletakkan dalam bank di Singapura.

Arul pula memberitahu Bussines Times di Singapura pada Februari lalu, hasil ditebus adalah "tunai" dan berada di luar Malaysia.

"Jika aset-aset di BSI Bank Singapura masih dalam bentuk 'unit', bukannya aset mentah seperti wang tunai, saham atau harta, ia bermakna pelaburan di Kepulauan Cayman tidak pernah ditebus.

"Ini bermakna, Arul Kanda sudah berbohong dan mengelirukan rakyat Malaysia sejak awal lagi. Bukan saja Arul berbohong mengenai hasil penebusan adalah dalam bentuk wang tunai, dia juga bohong kepada rakyat Malaysia tentang dana Kepulauan Cayman ditebus.

"Tiada sebarang 'penebusan' sebenar terjadi kerana pelaburan adalah dalam bentuk 'unit' sebelum 13 Januari, 2015 dan mereka masih dalam bentuk 'unit' hari ini.

"Ini membuktikan keseluruhan pelaburan di Pulau Cayman sejak 2012 adalah helah untuk menutup kebenaran dana dan aset yang ada di dalam 1MDB. Ia juga membuktikan 48 kenyataan Arul mengenai 1MDB tidak boleh dipercayai," kata Pua dalam satu kenyataannya.

Putrajaya sebelum ini berdolak-dalik dalam mendedahkan maklumat sebenar mengenai pelaburan Pulan Cayman di Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, baki pelaburan tersebut ditebus dalam bentuk aset mata wang dolar Amerika Syarikat di BSI Bank Limited Singapore (BSI) Singapura.

Selain itu, katanya, jawapan tersebut merupakan pindaan kepada jawapan kerajaan sebelum 10 Mac, 2015 baki dana pelaburan 1MDB ditebus dalam bentuk wang tunai.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan Pua di Parlimen yang menanyakan sama ada 1MDB masih mempunyai ASD$1.1 bilion secara tunai dalam akaun BSI, yang merupakan tebusan pelaburan Pulau Cayman.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .