» » Ahmad Said dipecat kerana enggan bersekongkol dengan skandal 1MDB sebenarnya


Salah sangka pada jangka. Masa Datuk Seri Najib Razak pecat Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu tidak lama dahulu semua orang kata Najib pandai dan tindakan betul memecat seorang menteri besar yang nampak tidak berapa cerdik. Sebenarnya dari segi pencapaian kedua mereka lebih kurang sahaja.

Najib hanya bercerita dia pecat Ahmad kerana sudah cukup tempoh yang Ahmad akan jadi menteri besar setahun sahaja, selepas dilantik semula. Kononnya mereka ada berjanji sedemikian?

Hari ini apabila timbul cerita 1MDB, baru orang tahu siapa yang lebih cerdik antara Ahmad dengan Najib. Siapa yang lebih ada kelas dan integriti di antara mereka berdua.

Pendedahan Ahmad dengan melafaz sumpah, Walahi, Wabilahi dan Wathalahi, yang mana cerita syarikat bernama TIA yang kemudian menjadi 1MDB hendak gadai telaga minyak di Terengganu bukan sesuatu yang disensasikan, sebaliknya realiti baru yang membukakan minda orang ramai. Rahsia kini memecahkan tembelang siapa yang lebih bersih antara Najib dengan Ahmad.

Kata Ahmad kejadian itu benar, dan minyak Terengganu akan tergadai sekiranya sultan Terengganu tidak masuk campur.

Pemecatan Ahmad sebagai menteri besar beberapa hari ketika dia hendak berbewah kahwin anak itu dianggap satu kekejaman, dibuat bukan kerana tempoh janji Ahmad sudah cukup tetapi kerana dendam Najib kepada Ahmad atas integriti Ahmad dan mungkin juga "kegagalan" Ahmad kecek sultan agar setuju minyak Terengganu digadai sebagai modal 1MDB.

Menurut Ahmad, sultan Terengganu mengarahnya agar tidak menerima cadangan 1MDB itu. Di sinilah menyebabkan Najib marah dan berdendam dengan Ahmad sehinggakan bekas menteri besar itu dipecat.

Syabas kepada Ahmad kerana berani mendedahkan cerita sebenarnya. Rakyat akan bersama anda walaupun anda kini bukan lagi menjadi menteri besar.

Tidak ada guna jadi menteri besar atau ada kuasa tetapi menjadi penjilat buntut Najib Razak .



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .