» » 'UMNO takut dengan bayang-bayang sendiri'


Utusan Malaysia menyifatkan penangguhan pemilihan Umno langkah tepat memandangkan kebanyakan pemimpin parti itu masih lagi dibelenggu sindrom "takut dengan bayang-bayang sendiri".

Pengarang kanannya, Zulkiflee Bakar berkata, dalam Umno sendiri wujud perpecahan kerana terlalu mahu mempertahankan atau merebut jawatan sehingga melihat kehadiran "orang baru" sebagai saingan.

"Kewujudan orang baru dalam satu-satu bahagian bukan dianggap satu rahmat sebaliknya menggugat kedudukan orang lama. Sindrom takut kepada bayang-bayang ini turut merebak di peringkat negeri.

"Kalau begitulah situasinya, apa akan berlaku jika pemilihan tetap dilangsungkan seperti mana dijadualkan?

"Sudah pasti perpecahan hanya akan bertambah buruk dan menjejaskan peluang Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang," tulisnya dalam akhbar milik Umno itu hari ini.

Zulkiflee berkata, Umno perlu menerima hakikat masih ramai kalangan pemimpin dan ahlinya belum bijak berpolitik.

"Mereka tidak akan menganggap kekalahan dalam pemilihan parti itu demi untuk kebaikan parti. Sebaliknya mereka akan menjadikan kekalahan itu sebagai peluru untuk membalas dendam dalam pilihan raya.

"Mereka sanggup mengkhianati parti sendiri kerana tidak mendapat jawatan dalam parti," katanya sambil berkata, keputusan penangguhan itu benar-benar suara akar umbi.

Pengarang kanan itu juga turut memetik kenyataan seorang pemimpin muda Umno yang tidak dinamakan, yang berkata keputusan akar umbi itu kerana keutamaan perlu diberikan kepada persiapan menghadapi pilihan raya.

"Terlalu banyak perkara dan isu yang perlu kita selesaikan sebelum Umno memasuki gelenggang pilihan raya.

"Kalau kalah dalam parti, ia tidak akan menjejaskan Umno tetapi kalau kalah dalam pilihan raya, parti yang akan menerima akibatnya," kata pemimpin muda itu.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .