» » Tindakan kerajaan sekat akses ke laman Sarawak Report hakis keyakinan rakyat M'sia menjelang PRU14


Cubaan Barisan Nasional (BN) mencemarkan nama pengkritik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan hanya menambah kepada musnahnya keyakinan rakyat terhadap kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini.

Tetapi pemimpin pembangkang yang lantang bersuara itu berkata, beliau "gembira" dengan tindakan BN mencari "kambing hitam" untuk dana negara yang dibebani hutang itu, dan menggesa parti pemerintah meneruskan langkah mereka itu kerana ia hanya akan melemahkan kedudukan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Nama Rafizi muncul di kalangan ahli politik pembangkang yang dituduh terlibat dalam plot hendak menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kes 1MDB.

Selain Rafizi, bekas pemimpin pembangkang yang kini di penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP, Tony Pua turut disebut, bersama laman web Sarawak Report berpangkalan di London yang menerbitkan berita pendedahan berkaitan 1MDB.

Semalam, Putrajaya menyekat akses tempatan kepada Sarawak Report, dengan alasan demi kestabilan negara.

"Menghalang capaian ke laman web Sarawak Report, ‘mengkambinghitamkan’ saya dan Tony Pua, serta taktik lapuk sebenarnya akan membantu membenamkan Umno/Barisan Nasional dalam PRU14," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, cubaan untuk menjatuhkan pengkritik 1MDB itu tidak membuatkan beliau rasa tergugat, mendakwa hanya segelintir ahli Umno yang percaya dengan "dongeng" mengatakan skandal 1MDB merupakan rekaan pembangkang.

"Sehingga sekarang, Najib dan konco-konconya masih belum dapat menjelaskan beberapa isu besar,” katanya.

1MDB menanggung hutang RM42 bilion, yang dikumpulnya dalam tempoh 6 tahun beroperasi.

Ia mendakwa mempunyai aset mencukupi bagi mengimbangi hutangnya, tetapi masih belum mencairkan asetnya untuk hutang itu, yang ia sedang bertungkus lumus melangsaikan kadar faedahnya.

Selain menuduh ahli politik pembangkang dan Sarawak Report kerana membuat pendedahan mengenai 1MDB, pihak berkuasa Malaysia juga mengugut akhbar kewangan The Edge dengan surat tunjuk sebab berhubung beberapa pendedahan yang diterbitkannya sendiri.

Pagi ini, The Edge Financial Daily dalam laporan terbarunya mendakwa hartawan Malaysia Low Taek Jho dan syarikat minyak PetroSaudi International merancang satu skim penipuan melibatkan AS$1.83 bilion (RM6.9 bilion) daripada 1MDB, dengan bantuan beberapa eksekutif 1MDB.

Menjawab tuduhan terhadapnya, Najib yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB setakat ini berkata, ia merupakan sebahagian konspirasi antarabangsa yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengkritik tegar 1MDB.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .