» » Kecam Utusan dan beberapa menteri yang kelirukan rakyat supaya sokong Najib Razak


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas Utusan Malaysia dan sekurang-kurangnya seorang menteri Umno kerana "mengelirukan" rakyat mengenai sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang berdepan tuduhan rasuah berkaitan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mengecam akhbar milik Umno itu, Dr Mahathir menuduhnya menggunakan tajuk berita yang "mengelirukan" bagi menyatakan sokongan terhadap perdana menteri yang sedang bermasalah itu.

"Untuk berbuat-buat baik dengan perdana menteri, mereka (Utusan) lebih suka mengelirukan rakyat. Penyuntingnya pandai menulis tajuk berita yang mengelirukan," katanya dalam posting blog beliau hari ini.

Contohnya, apabila kenyataan dibuat supaya pasukan petugas empat anggota dibiarkan membuat kerja mereka, tajuk beritanya ialah, ia tanda sokongan terhadap perdana menteri."

Tanpa menamakannya, Dr Mahathir juga membidas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kerana membuat kenyataan "pra-matang" apabila mengumumkan tiada bukti wujud salah laku dalam laporan interim ketua audit negara berhubung syarikat sarat hutang 1MDB.

"Kemudian, ada seorang menteri, selepas mengatakan laporan interim menunjukkan tidak ada apa-apa kesalahan 1MDB, menasihatkan pula orang lain supaya tidak berkata apa-apa mengenai 1MDB sehingga laporan itu diterbitkan. Tetapi, dia sendiri buat kenyataan yang pra-matang," katanya.

Husni berkata minggu lepas, laporan awal yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu pada 9 Julai mendapati, tiada bukti salah laku oleh 1MDB atau bukti yang AS$700 juta disalurkan kepada "individu tertentu".

Bagaimanapun, pengkritik 1MDB membidas Husni kerana cuba membersihkan nama 1MDB dan Najib, dengan ahli Parlimen DAP Tony Pua berkata, ketua audit tidak pernah menjelaskan mengenai pemindahan AS$700 juta itu dalam laporannya.

Pua merujuk kepada pendedahan The Wall Street Journal yang kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dari dana milik negara itu.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed juga berkata, 1MDB masih belum mengemukakan penyata bank dan perjanjian yang ditandatangani kepada ketua audit walaupun terdapat permintaan daripada jabatan itu.

Najib menafikan menggunakan wang awam untuk kepentingan peribadi tetapi tidak pernah menyatakan apa-apa merujuk wang yang dikatakan dideposit ke akaun beliau.

"Kepada semua komen yang dibuat terhadap 1MDB, jawapan standardnya ialah nafikan, mengatakan 'Tidak, ia tidak benar'. Seperti seorang yang apabila ditanya sama ada dia mencuri wang seperti didakwa atau tidak, hanya menafikan dia mencuri, mengharapkan hakim akan membebaskannya semata-mata kerana beliau sudah menafikan," kata Dr Mahathir hari ini.

"Tidak ada penafian dibuat mengenai wang yang didepositkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan kepada Umno ialah, ia untuk pilihan raya. Umno nampaknya berpuas hati.

"Tidakkah mereka tahu wang kerajaan tidak boleh digunakan untuk membantu parti politik memenangi pilihan raya? Tetapi, wang itu dari sumbangan derma. Siapa derma 2 bilion ringgit? Tiada jawapan."

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .