» » Singapura komited bertindak terhadap bank yang langgar undang-undang dalam skandal 1MDB


Penguasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini berikrar bertindak tegas terhadap mana-mana bank yang mencabuli undang-undang pembersihan wang haram berhubung akaun-akaun berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor The Business Times hari ini.

Amaran itu muncul sewaktu polis Singapura membekukan 2 akaun bank yang dikaitkan dengan firma pelaburan sarat hutang Malaysia itu, minggu lalu.

Dua akaun bank dibekukan pada 15 Julai lalu, seminggu selepas bank pusat Singapura berkata ia menghubungi institusi kewangan berkaitan siasatan Malaysia terhadap tuduhan yang berbilion ringgit dari 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut polis Singapura, arahan pembekuan itu sebahagian "siasatan terhadap kemungkinan kesalahan pembersihan wang haram", lapor akhbar sama.

Salah satu daripada bank itu, Falcon Bank, mengesahkan ia sedang memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa itu dalam siasatan mereka.

The Wall Street Journal (WSJ) awal bulan ini melaporkan hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan dari Falcon Bank di Singapura ke akaun Najib di AmPrivate Bank di Malaysia pada awal 2013.

Menurut Business Times, Pengarah Urusan MAS, Ravi Menon berkata mereka sedang meneliti pengawasan bank yang mungkin terlibat dalam aliran wang itu.

"Minat utama kami adalah sama ada mereka mematuhi piawaian ketat yang kita jangkakan dari mereka dalam anti-pembersihan wang dan menentang pembiayaan keganasan. Tumpuan kami adalah sama ada mereka melakukan penelitian wajar dan cermat berkaitan aliran ini," beliau dipetik berkata.

Siasatan itu akan meneliti jika bank mematuhi peraturan berkaitan mengenal pasti pelanggan, pengesahan sumber dana, pemantauan akaun dan laporan sebarang urus niaga meragukan.

"Jika mereka didapati cenderung kepada itu, kami akan bertindak secara senyap terhadap mereka. Jika pelanggarannya serius, tindakannya juga akan serius," kata Menon.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .