» » 'Saya cabar mana-mana menteri BN untuk tuduh saya berjumpa dengan Justo'


Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mencabar menteri Barisan Nasional (BN) menamakan beliau sebagai ahli politik pembangkang yang bertemu dengan bekas pengarah Petrosaudi International Xavier Andre Justo berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam laman Facebooknya, pengkritik tegar syarikat sarat hutang itu berkata: "Saya cabar mana-mana menteri BN untuk tuduh saya berjumpa dengan Justo. Mari, jangan jadi penakut, jangan berselindung. Tidak perlu wayang."

Walaupun tidak dinamakan secara terbuka, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu digambarkan sebagai salah seorang daripada ahli politik pembangkang yang bertemu dengan warga Switzerland itu di sebuah hotel di Singapura, atas dakwaan penjualan dokumen berkaitan pemberhentian usaha sama 1MDB dengan Petrosaudi.

Dalam pertengkaran kecil di laman sosial Twitter, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan bertanya Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang jika beliau takut "ahli Parlimen bintang" beliau dilihat sebagai berbohong tentang perjumpaan dengan Justo.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa pembangkang menafikan penglibatan bagi menyelesaikan perkara itu, sambil menambah kurangnya penjelasan adalah satu "perkara serius".

"Sehingga kini, kita tidak pernah mendengar sebarang penafian yang jelas daripada pemimpin pembangkang yang dikatakan terlibat dalam pertemuan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya semalam.

"Jika ia tidak berlaku, maka mereka yang dikatakan terlibat sewajarnya menafikannya dengan segera. Mereka masih belum berbuat demikian."

Justo kini dalam tahanan polis Thailand selepas ditangkap di pulau peranginan di Koh Samui.

Beliau dilaporkan dibayar kira-kira RM15 juta untuk meninggalkan Petrosaudi dan dituduh cuba untuk memeras ugut syarikat itu berhubung kerjasama dengan 1MDB.

Media Thailand bagaimanapun melaporkan Justo menafikan tuduhan terhadapnya.

Semalam akhbar Singapura Straits Times melaporkan jurucakap polis Thailand Prawuth Thavornsiri sebagai berkata, ahli Umno adalah salah seorang daripada 10 pembeli maklumat berkaitan Petrosaudi International daripada Justo.

Menurut akhbar tersebut, Justo memberitahu polis Thailand beliau menjual maklumat kepada kumpulan tersebut selepas gagal memeras ugut Petrosaudi sebanyak 2.5 juta matawang Swiss sebagai tukaran untuk tidak mendedahkan maklumat.

"Kebanyakan mereka, kira- kira 10 individu adalah daripada media dan mereka yang dalam lingkungan parti sama dengan perdana menteri," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .