Pada awal Ramadan ramai yang bercita-cita untuk meraih segala macam jenis pahala yang ditawarkan oleh Allah swt pada permulaan, pertengahan dan akhir Ramadan termasuklah bersolat terawikh, Qiyammullai, berzakat, bersadaqah dan sebagainya. Alhamdullillah.
Pahala yang susah payah dicari sepanjang Ramadan mula berkurangan bila saja tiba di kampung selepas mengendalikan kenderaan dengan cara cuai dan membahayakan untuk pulang menyambut Eid ul Fitri.
Ramai yang tidak sedar begitu ramainya fakir dan miskin, 2 golongan yang wajib menerima zakat masih terbiar kecuali bantuan yang amat kecil sekali-sekala.
Sebilangan anak-anak hari ini yang mengutamakan gaya hidup citarasa tinggi untuk dipamerkan bila pulang ke kampung halaman masing masing.
Inilah masa yang ditunggu iaitu untuk menunjukkan hasil kejayaan semasa bekerja di ibu kota.
Segala bentuk kejayaan material dipamerkan secara berlebih-lebihan samada daripada segi jenis kereta, baru atau terpakai, pangkat di tempat kerja, jumlah gaji, jumlah elaun dan faedah pekerjaan ataupun pakaian pakaian berjenama yang harganya berganda mahal daripada pakaian biasa.
Gajet tercanggih sengaja digunakan sekalipun semasa takbir Raya ataupun ketika Khutbah Raya sedang dibaca yang akan bersambung di rumah keluarga masing di kampung halaman mereka.
Apa yang menghairankan ialah setelah susah-susah mempamerkan kejayaan keluarga masing-masing kepada ibu bapa mereka, tiba tiba harta di kampung yang dimiliki ayah ibu masing-masing masih menjadi “prime target” untuk direbut oleh sebilangan daripada anak anak yang pulang beraya.
Anak-anak berkenaan sepatutnya berjaya dan mempunyai harta yang melimpah ruah namun disaat ayah ibu masih ada, sudah berkira kira sesama mereka, siapa nak dapat apa seolah-olah ulangan babak-babak filem Tan Sri Dr P Ramlee “Tiga Abdul” pula jadinya babak diktator dan demokrasi terpimpin.
Berjayakah hidup anak anak ini di ibukota jika harta termasuk rumah kediaman ibu bapa mereka yang daripada segi nilai materialnya amat murah pun hendak direbut dan mungkin hendak dijual ataupun dicagarkan kepada bank sedangkan daripada segi nilai nostalgianya amat tinggi jika di situlah tempat mereka membesar sehingga kononnya berjaya menjadi kaya raya di ibu kota.
Di manakah agaknya letaknya akal anak-anak yang begitu?
Sepatutnya jika mereka berjaya di ibu kota, merekalah yang patut maklumkan pada ibu bapa mereka agar menyerahkan harta mereka untuk tujuan pahala berterusan selepas ketiadaan ibu bapa mereka, contohnya menyerahkan bangunan kediaman untuk dijadikan sekolah atau asrama anak yatim sepertimana yang diajar oleh P Ramlee pada Ahmad Nisfu yang amat kedekut itu.
Malah Ahmad Nisfu pula mengingatkan P Ramlee jika nak beri zakat mestilah daripada harta P Ramlee sendiri sahaja.
Apa yang sebilangan anak moden hari ini yang kononnya amat berjaya di ibu kota mahu capai dengan akhirnya cuba menjual atau menggadai harta orang tua mereka?
Mereka sebenarnya menjual atau menggadai segala sejarah mereka membesar yang sepatutnya tidak boleh dijualbeli kerana ianya sebahagian daripada kenangan bersama ibu bapa masing-masing.
Tidak malukah mereka ini yang kembali ke kampung beraya seolah-olah mereka ini hartawan berjaya namun kembali dengan objektif untuk mempengaruhi ibu bapa masing-masing agar bersetuju dengan apa saja cadangan mereka untuk menguasai harta harta ibu bapa mereka sendiri dengan cara yang keji tetapi penuh berhati-hati kerana jika sahaja niat mereka di sedari oleh ibu bapa mereka, mereka akan melakonkan watak filem Hindustan termasuk menjual air mata buaya mereka seolah-olah niat mereka amat murni.
Namun, ada yang lebih berani lagi iaitu bila gagal mencapai tujuan mereka terus mengambil tindakan undang-undang terhadap ayah mereka sendiri yang masih hidup untuk mendapatkan jumlah wang tertentu memandangkan ayah mereka memang berharta.
Malah di dalam kes lain, seorang anak mengambil tindakan mahkamah untuk meminta ayahnya keluar meninggalkan rumahnya sendiri kerana anaknya ingin tinggal di situ, anak ini seorang perempuan beragama Islam dan perbuatannya tentu sahaja memalukan agama Islam.
Tidak semestinya apa sahaja yang dipelopori barat harus ditiru di negara kita.
Negara kita tidak memerlukan anak yang derhaka yang sanggup menyaman ibu bapa sendiri untuk mendapatkan harta sedangkan kononnya mereka sendiri berjaya di ibu kota.
Kekejaman sebilangan anak zaman ini melarat kepada anak yatim dan anak angkat di mana mereka sanggup menuntut hak mereka di mahkamah walaupun mereka sendiri kaya raya manakala anak yatim dan anak angkat yang dibesarkan ibu bapa mereka masih belum berjaya dan hidup dalam serba kekurangan.

Dalam kes sebegini, ibu bapa yang ingin membantu anak-anak yang bukan anak kandung mereka yang mereka besarkan patutlah menyerahkan apa saja harta yang hendak mereka serahkan semasa hayat mereka ketika mereka masih sihat sebagai hibah (hadiah) dan menjadikan harta-harta lain untuk ditinggalkan kepada anak-anak kandung dalam bentuk wasiat.
Namun sekiranya anak-anak kandung berjaya dalam hidup sekalipun mereka mempunyai hak sebagai anak untuk mendapatkan harta-harta setelah ibu bapa mereka meninggal dunia amatlah wajar anak-anak kandung berkenaan melakukan sesuatu untuk kebaikan roh-roh ibu bapa mereka dengan menggunakan harta berkenaan untuk tujuan amal kebajikan agar pahala berterusan dikreditkan ke akaun ibu bapa mereka di alam Barzakh dan akhirat nanti.
Justeru perlumbaan menunjukkan kekayaan masing-masing di setiap Syawal patut beserta bukti yang mereka benar-benar berjaya dalam hidup serta cuma dengan perbuatan mereka enggan menerima apa-apa faedah daripada harta peninggalan ibu bapa mereka melainkan bersama adik-beradik bersetuju untuk menjadikan harta-harta peninggalan sebagai modal asas untuk ibu bapa mereka menerima pahala berterusan di kemudian hari.
Pertandingan menunjuk-nunjuk kekayaan tidak akan ada akhirnya kerana akan sentiasa ada orang lain yang lebih kaya.
Ada sebuah filem Melayu lama hitam putih mengisahkan sikap saling menunjuk antara jiran di mana apa saja jiran sebelah ada maka jiran yang satu lagi akan menuntut suaminya adakan yang lebih baik lagi di mana salah satu babaknya si jiran baru membeli sebuah kereta dan jiran yang satu lagi terus memaksa suaminya membelikan sebuah kereta yang lebih besar – esoknya suami memang membeli sebuah kenderaan yang besar dipandu pulang ke rumah – sebuah lori.
Justeru alangkah ruginya setelah penat berpuasa Ramadan namun sebaik saja tiba di kampong pelbagai dosa dibuat bagi memenuhi nafsu serakah material semata-mata, kembali ke kampung untuk berlagak hartawan namun sebenarnya berpakat dengan adik-beradik siapa patut dapat apa samada ketika ibu bapa mereka masih hidup ataupun selepas meninggal kemudian hari.
Jika tiada masalah hakcipta dan sebagainya telefilem “Pondok Buruk 1” dan “Pondok Buruk 2” yang sering diulang tayang di Astro setiap kali tibanya musim raya patut disiar di semua rangkaian percuma yang lain dan ianya diiklankan secara berulang kali setiap hari sebelum ianya di disiarkan agar lebih ramai yang dapat menonton dan mendapat pengajaran daripada kedua-dua telefilem berkenaan.
Akhir Qalam, untuk cuba menjamin semangat Ramadan berterusan di bulan Syawal untuk mendapatkan ganjaran pahala berpuasa setahun, InsyaAllah sama-sama kita segerakan puasa 6 hari di bulan Syawal.

No comments: