Lebih 3,000 orang membanjiri pekarangan Stadium Darul Aman di sini semalam untuk membeli daging pada harga runtuh sempena Festival Daging Raya 2015 anjuran Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah (KLPK) semalam.
Seawal pukul 7 pagi, penduduk sekitar termasuk dari Pulau Pinang mula beratur panjang untuk membeli bahan mentah itu yang dijual pada harga RM19 hingga RM22 sekilogram.
Seorang pembeli, Rosnahwati Ramli, 43, berkata, dia dan anak pe*rempuannya, Intan Nazirah Azmi, 17, gembira apabila berjaya membeli tiga kilogram (kg) daging pada harga yang cukup murah.
“Alhamdulillah, dapatlah saya berjimat sikit. Kalau ikutkan, harga pasaran dijual sekitar RM27 hingga RM30 sekilogram,” katanya ketika ditemui di Festival Daging Raya 2015 yang dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir di stadium berkenaan di sini semalam.
No comments: