» » MARA kurang puas hati bila polis Malaysia kata tiada pecah amanah


Membuktikan kesungguhannya menangani isu berhubung pembelian hartanah di Australia, Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini menyatakan "kurang berpuas hati" dengan pendirian Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang kes itu tidak melibatkan unsur jenayah pecah amanah.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata, Mara akan bertemu polis bagi memberi kerjasama sepenuhnya jika pihak berkuasa itu perlu membuat siasatan lanjut dalam kes itu.

"Majlis Mara mengambil maklum kenyataan PDRM yang tidak ada unsur pecah amanah didapati dalam kes ini.

"Namun, Mara kurang berpuas hati dan akan menemui PDRM dalam masa terdekat bagi memberi kerjasama seterusnya kepada PDRM," kata Annuar pada sidang media petang ini.

“Ini komitmen Mara bagi menyiasat perkara ini sehingga ke akar umbi," katanya.

Beliau berkata, Mara juga akan berkongsi segala maklumat dengan orang awam berkenaan perjalanan kes ini selagi ia tidak mengganggu siasatan yang sedang dilakukan.

Annuar berkata, buktinya ialah Mara sudah mengadakan sidang media sebanyak 3 kali untuk memberi maklum balas terhadap kes itu dan beliau sendiri muncul di televisyen membincangkan perkara itu.

Sementara itu, ketika diminta mengesahkan kebenaran butiran siri dakwaan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Annuar berkata beliau tiada masalah dengan pihak yang ingin membantu siasatan.

"Mara tidak bertanggungjawab pada Rafizi tetapi sesiapa yang ada maklumat boleh tampil ke depan.

“Kita tidak ada masalah, dia boleh buat dengan cara dia sendiri," katanya.

Bagaimanapun, beliau kurang faham dengan ‘bahasa’ yang Rafizi gunakan dalam siri dakwaannya.

"Lebih mudah untuk dia berdepan dengan saya sendiri," katanya.

sumber



About Izikit

«
Next
'Jangan percaya maklumat tak sahih berkaitan tuduhan pada Najib Razak'
»
Previous
PAC terima laporan audit 1MDB pada 9 Julai 2015

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .