Tahun ini pelakon Maya Karin beraya di Malaysia. Dia dan ibu beraya di rumah keluarga sebelah ibu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.Maklumlah kali ini hanya dia dan ibu sahaja ada di Malaysia.
Pandai ke Maya memasak juadah raya? Kata Maya dia pakar masak lontong sebab lontong tu juadah raya kesukaannya.
“Hidangan wajib di rumah keluarga kami ialah lontong. Saya sangat sukakan lontong dan saya pandai memasaknya, jangan tak tahu ya.
“Kalau pergi menziarah saudara pada musim raya pun selera saya akan terbuka kalau lihat lontong dan itulah juadah yang saya akan pilih,” kata Maya.
Sementara itu filem lakonan Maya, Nota akan ditayangkan mulai 13 Ogos 2015 serentak. Filem terbitan 42nd Pictures itu turut membariskan Hans Isaac, arwah Ramli Hassan dan Rin Izumi.
Pihak produksi mendedikasikan filem ini khas buat arwah Ramli Hassan sebagai mengenang filem lakonan terakhir beliau.
Jangan lupa saksikan filem arahan Yasu Tanaka, genrenya ialah phychological thriller, misteri dan jenayah.
Ia mengisahkan Kamal (Hans) dan Erin (Maya), sepasang suami isteri yang telah lama menghadapi masalah rumah tangga kerana gagal untuk mendapatkan zuriat, akibatnya mereka jarang berkomunikasi.
Ketika ulangtahun perkahwinan yang ke-10, mereka memilih untuk bercuti ke Taman Negara Bako di mana Kamal telah melamar Erin, 10 tahun yang lalu.
Ketika perjalanan mereka ke Bako, Erin tak sengaja terjumpa nota yang ditulis Kamal yang
membayangkan dia akan mengakhiri semuanya di puncak tebing. Erin berasa sangat bersalah
dengan situasi berkenaan.
Selepas itu Erin mendapat tahu bahawa Kamal mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain dan sekarang ini telah mengandung anak Kamal. Dalam keadaan sedih dan tertekan, antara cinta dan benci, Erin merancang satu pembunuhan dengan menggunakan nota itu menjadi bukti yang kuat untuk dirinya.
Rancangannya tergendala dengan kehadiran Jemat, seorang pembawa bot yang membawa mereka ke kawasan Taman Negara Bako.

No comments: