» » 'Kisah peribadi bukan untuk dikongsi'


Penyanyi Kaka Azraff tidak akan berbicara secara terbuka berhubung kisah peribadinya untuk tatapan umum kerana ia tidak mempunyai kaitan dengan kerjaya.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 26, bagaimanapun berkata, itu tidak bermakna dia akan menyorokkan status dirinya dan akan bercakap benar sekiranya ada yang bertanya.

"Seperti sekarang anda bertanya dan saya tidak menyorok untuk memberitahu saya tidak mempunyai teman lelaki. Tetapi untuk berbicara tentangnya secara terbuka mungkin tidak kerana ia tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai penyanyi.

"Saya juga mempunyai hak untuk tidak mendedahkan butiran mengenai kehidupan peribadi kepada umum seperti mana orang lain," katanya .

Dalam pada itu, Kaka berkata, dia berharap selepas ini namanya tidak terpalit dengan sebarang kontroversi kerana ingin memberi fokus kepada kerjayanya.

Dia juga bingung kerana namanya sering dikaitkan dengan isu ditimbulkan oleh artis lain seperti mana berlaku sebelum ini.


"Hendak kata kontroversi yang ditimbulkan sendiri oleh saya rasanya tiada tetapi saya sering terpalit dengan isu artis lain. Tolonglah henti kaitkan saya lagi selepas ini," pintanya.

Terdahulu, penyanyi lagi Bukan Hal Aku ini dikaitkan sebagai punca perpisahan aktres Tasha Shilla dengan Hans Wong.

Tidak cukup dengan itu, Kaka dikatakan menjadi dalang terhadap penyebaran gambar separuh bogel dipercayai mirip Tasha baru-baru ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .