» » Ditawar maklumat 1MDB tapi menolaknya kerana penyampai meragukan


Lim Kit Siang hari ini mendakwa beliau dihubungi seorang yang tidak dikenali dan ditawarkan maklumat tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dakwaan ketua Parlimen DAP itu dibuat sewaktu pelbagai soalan berkaitan kebolehpercayaan video pengakuan seorang bekas wartawan yang mendakwa Sarawak Report memalsukan dokumen berkaitan 1MDB, terus berlegar-legar.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mendakwa beliau dihubungi individu itu menerusi panggilan telefon dan bertanya jika beliau berminat dengan maklumat tersebut.

"Apabila saya bersetuju, dia beritahu yang dia mahukan wang, dan apabila saya menjelaskan padanya dua perkara ini adalah perkara yang berbeza sama sekali dan saya tak bersedia mengaitkannya, pemanggil itu mematikan talian.

"Saya tidak lagi mendengar daripadanya sejak itu. Adakah saya bertindak salah?" katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, beliau memohon simpang malaikat 44 daripada mendekati "sosok upahan meragukan" yang mendakwa memiliki "maklumat penting" untuk dijual – kerana meragui kredibiliti maklumat ditawarkan.

Menurutnya, pendiriannya itu menjadikan beliau berbeza sama sekali dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Jelas Rahman masih tidak faham etika, prinsip dan kehormatan sebagai penjawat awam," kata Lim.

Rahman pada Rabu lalu mengadakan sidang media dan menayangkan video “pengakuan” bekas wartawan Sarawak Tribune, Lester Melanyi yang mendakwa pernah bekerja dengan Sarawak Report dan terlibat memalsukan dokumen berkaitan 1MDB.

Bagaimanapun, kredibiliti wartawan yang dipecat dari Sarawak Tribune kerana menyiarkan kartun Nabi Muhammad dalam akhbar itu pada tahun 2006 diragui ramai pihak.

Melanyi tidak memberikan butiran terperinci berkenaan emel di antara dirinya dan pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang didakwa memalsukan dokumen.

Pada masa sama, Rewcastle-Brown menafikan Melanyi pernah bekerja dengan Sarawak Report sebaliknya bekerja dengan Radio Free Sarawak.

Tindakan Rahman menggunakan video Melanyi juga disifatkan menteri kanan Sarawak, Tan Sri Dr James Masing sebagai satu "tindakan silap".

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .