» » Amyra Rosli menyanyi dalam Annyeong Aidilfitri


Dalam diam-diam, Amyra Rosli rupa-rupanya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Malah, aktres popular ini sudah merakamkan lagu yang menjadi lagu tema drama, Annyeong Aidilfitri yang akan ditayangkan di TV1, pada jam 9.05 malam ini.

Lagu yang diberi judul Hari Mulia itu adalah ciptaan Hudson, komposer Malaysia yang telah lama menetap di Korea.

Lagu Hari Mulia turut disampaikan dalam bentuk klip-video yang mana ia sudahpun dimuat naik menerusi YouTube.

Amyra tidak keseorangan merakamkan lagu itu kerana aktor Hafreez Adam, Theera Alias dan Hudson turut menyumbangkan suara dalam lagu Hari Mulia.


Mereka berempat turut beraksi dalam drama Annyeong Aidilfitri yang merupakan telemovie khas raya arahan pengarah popular, Rahila Ali.

Drama komedi ini mengisahkan tentang seorang pelajar kolej berusia 20-an, Aryanna yang putus asa dengan cinta setelah perasaannya tidak dipedulikan oleh Alfian.

Dia kemudiannya bertemu Tae Young, pemuda Korea yang juga pelajar di kolejnya. Mereka berkawan baik.

Apakah persahabatan Aryanna dan Tae Young akan berubah menjadi percintaan? Bagaimana pula kisah Alfian yang mula memerhatikan Aryanna setelah gadis itu rapat dengan pemuda Korea tersebut?

Tonton sendiri kesudahan Annyeong Aidilfitri di TV1 pada malam ini.

Telemovie terbitan Pena Creative Pictures milik Ziela Jalil ini turut dibintangi oleh Didie Alias, Delimawati dan Chomat Samad.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .