» » 'Adakah propaganda Najib Razak telah gagal untuk elak kaitkan beliau dengan skandal 1MDB?'


Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin mempersoalkan penangkapan terbaru oleh pasukan petugas khas dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan peletakan jawatan Tan Sri Lim Kok Wing sebagai ahli strategi perhubungan awam perdana menteri, dan berkata ia menunjukkan propaganda membersihkan syarikat sarat hutang itu gagal.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu juga mempersoalkan kemunculan bekas wartawan Sarawak Tribune, Lester Melanyi dalam video yang mendakwa mengetahui tentang dakwaan dokumen diubah suai oleh Sarawak Report.

Menulis dalam blognya, Kadir berkata pengakuan mengejut Melanyi dan pelbagai lagi propaganda diketuai menteri Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berlaku serentak dengan peletakan jawatan Lim.

Lim menjawat jawatan sebagai ahli strategi perhubungan awam perdana menteri hanya bagi tempoh singkat sebelum mengambil melepaskan kedudukannya awal bulan ini.

"Peletakan jawatan Lim memberitahu sesuatu. Kehadirannya juga tidak mampu untuk menjernihkan kembali reputasi Najib yang rosak teruk.

"Dengan menyertai Najib, beliau mungkin beranggapan dapat mengulangi dan melakukan sepertimana yang dilakukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Namun keadaan nampaknya menjadi semakin teruk. Masalah Dr Mahathir hanyalah hambar dan tidak terbanding dengan apa dilalui Najib kini.

"Lim merupakan seorang hartawan dan reputasinya perlu dilindungi. Beliau boleh berkata tidak kepada duit Najib atau mungkin ianya dilakukan secara percuma," katanya memetik hari ini.

Isnin lalu, pasukan khas yang menyiasat dakwaan aliran tunai ke dalam akaun milik Najib membuat tangkapan pertamanya.

Jerome Lee Tak Loong ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus sebelum menaiki penerbangan ke Taiwan, manakala Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman ditahan reman semalam.

The Wall Street Journal (WSJ) yang memetik dokumen penyiasatan Malaysia melaporkan, aliran tunai sebanyak RM50 juta disalurkan dari SRC International, sebelum dipindahkan ke syarikat Gandingan Mentari, dan kemudian ke Ihsan Perdana.

Dari Ihsan Perdana, RM42 juta dikatakan dipindahkan ke dalam akaun milik Najib di AmBank.

Kadir berkata dengan pengunduran Lim, propaganda Najib kini ketuai oleh Rahman yang juga ketua komunikasi strategi Barisan Nasional dan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan.

Kadir berkata, stategi Rahman kini dilihat mula memuncak untuk menepis pengkritik perdana menteri, termasuk mewujudkan kekeliruan berhubung siasatan ke atas 1MDB dan Najib.

Ini katanya, termasuk peranan Melanyi dan videonya, serta pemimpin pertubuhan bukan kerajaan disebalik penyebaran video tersebut, Ramesh Rao Naidu.

"Kini Najib dan dua pelindungnya (Rahman dan Naidu) terpaksa menyelongkar untuk mencari individu yang sanggup memainkan peranannya," katanya.

Kadir berkata sekiranya video tersebut menyakinkan, mesej yang disampaikan oleh pembawanya akan dipercayai.

"Bagaimanapun di sisi lainnya sekiranya medium itu tidak menyakinkan maka mesej yang benar tidak akan dipercayai.

"Jadi siapakah yang yang dapat medium menyakinkan, Dr Mahathir atau Rahman, Melanyi atau Clare Rewcastle-Brown, Hoy Kay Tat atau Ramesh Rao Naidu."

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .