» » ''Yang salah ialah peniaga kecil dan bukan GST yang sebabkan harga barang melambung tinggi di M'sia'


Naib Ketua Pemuda PKR Tan Kar Hing hari ini mengecam Putrajaya kerana cuba mengalihkan kemarahan rakyat terhadap pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan kepada pihak peniaga terutamanya peniaga sederhana dan kecilan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai itu berkata, sejurus dengan pelaksanaan GST, Putrajaya menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (pindaan) 2014 secara meluas demi memberikan gambaran dan tanggapan implikasi buruk pelaksanaan cukai itu seperti kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab semata-mata.

"Kerajaan melaksanakan GST dengan tujuan yang jelas iaitu untuk meningkatkan hasil kutipan negara.

"Maka, kenaikan harga barang berantai adalah sesuatu yang memang dijangka akibat pengenaan cukai baru sebanyak 6% tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tan menegaskan, pihaknya tidak membela sekumpulan kecil yang mungkin tidak bertanggungjawab dengan menaikkan harga barangan cara sewenang-wenangnya, akan tetapi kerajaan tidak seharusnya menolak segala tanggungjawab kepada peniaga dengan menimbulkan tanggapan yang salah berkenaan.

Menurut Tan, pelaksanaan GST membebankan pengguna dan para peniaga khususnya peniaga kecil yang kini menanggung kenaikan kos urus tadbir dan sebagainya.

"Sekarang pula terpaksa menghadapi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (pindaan) 2014 yang ramai di kalangan peniaga langsung tidak faham mengenainya," katanya.

Beliau berkata, akta berkenaan memperuntukkan peniaga tidak dibenarkan daripada mencatut keuntungan tinggi yang tidak munasabah, serta tidak membenarkan peniaga menaikkan margin keuntungan bersih dari 1hb April 2015 hingga 30hb Jun 2016.

Selain itu, Tan berkata, kuasa yang diberikan kepada pihak berkuasa juga adalah terlalu umum, dan ini mungkin munculnya ruang salah guna kuasa atau salah tafsiran semasa penguatkuasaan.

"Dendaan maksima RM1 juta dan hukuman penjara akan menyebabkan peniaga menghadapi tekanan yang luar biasa sedangkan penyesuaian prosedur GST masih satu persoalan," katanya.

Beliau turut mengulas beberapa anggota menteri Kabinet juga pernah mengeluarkan kenyataan yang kontroversi dan tidak berasas termasuk seruan untuk boikot peniaga pro pembangkang, boikot peniaga cina dan sebagainya.

"Ini adalah tidak bertanggungjawab dan sekali gus membuktikan kegagalan pengurusan ekonomi negara oleh kerajaan."

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .