» » Tunku Ismail beri isyarat kepada Nazri Aziz dalam video


Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak perlu menggunakan kata-kata untuk menyampaikan mesejnya.

Dalam klip video dimuat naik akaun Facebook Johor Southern Tigers petang tadi, presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor itu kelihatan sedang berehat di atas kerusi apabila kamera datang menghampirinya.

Ketika kamera berada di sebelah kirinya, Tunku Ismail menoleh dan mengangkat tangan kirinya sebelum membuat isyarat "marilah" sambil bersandar di kerusi dalam klip sepanjang 17 saat yang bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Klip video itu dikeluarkan beberapa jam selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menegurnya agar tidak mencampuri urusan politik kalau tidak mahu "dibantai".

Nazri dilaporkan berkata, keluarga diraja tertakluk dengan undang-undang dan kerajaan enggan bertanggungjawab sekiranya institusi itu dikritik kerana terlibat dalam politik.

Sementara Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini, Tunku Ismail berhak mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana baginda juga ada hak kebebasan bersuara seperti rakyat kebanyakan.

Bekas perdana menteri itu berkata, kerajaan memberi ruang setiap rakyat bebas bersuara dan tiada undang-undang yang melarang golongan diraja menyuarakan pendapatnya.

"Itu merupakan kebebasan bersuara yang dibenarkan kerajaan dan putera mahkota juga ada hak melainkan ada undang-undang yang mengatakan sebaliknya," katanya pada sidang media selepas program bicara "Dangerous Ideas" di Publika, Kuala Lumpur hari ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .