» » Tidak boleh siar prosiding PAC 1MDB secara langsung'


Prosiding pendengaran syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh disiarkan secara langsung kerana bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, lapor Utusan Malaysia memetik Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya, peraturan itu menggariskan individu yang turut memberi keterangan dalam mesyuarat jawatankuasa tidak dilindungi kekebalan sebagaimana dimiliki setiap ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

"Lagipun, hak untuk mengetahui terlebih dulu keterangan yang dihujahkan di dalam mesyuarat jawatankuasa ialah pada Majlis Mesyuarat Parlimen, melalui pembentangan penyata jawatankuasa yang berkenaan," katanya.

Pandikar berkata, perkara berkenaan bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 85 yang tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), menyiarkan perbincangannya selagi penyata lengkap belum disiapkan serta diserahkan kepada pihak majlis atau dewan berkaitan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan pembangkang terutamanya Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang mencadangkan perkara itu.

Pandikar menegaskan, selagi Peraturan Mesyuarat itu masih berkuat kuasa atau tidak diubah, siaran langsung penyiaran prosiding berkenaan tidak dibenarkan.

Khamis lalu, DAP mencadangkan siasatan yang dijalankan PAC ke atas syarikat menanggung beban hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diadakan secara siaran langsung.

Lim memberi alasan, isu berkait 1MDB melibatkan kepentingan dan wang awam.

"Ini bertepatan dengan kedudukan siasatan tersebut sebagai krisis nasional, sepertimana yang disifatkan oleh tidak lain dan tidak bukan, Datuk Seri Nazir Razak sendiri, adik kepada perdana menteri yang juga pengerusi kumpulan bank terbesar negara," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .