» » Sokong pandangan TMJ mengenai konsep kepimpinan yang sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat


Naib Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat hari ini menyokong teguran Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai konsep kepimpinan dengan mengutamakan rakyat.

Khairul yang juga merupakan penganjur forum "Nothing2Hide" berkata, putera Johor itu mengungkapkan konsep kepimpinan dalam Islam dengan begitu baik sekali iaitu adab dalam berbeza pendapat.

Khairul berkata, keutamaan yang paling tinggi adalah rakyat serta kebajikan dan kemaslahatan umat seluruhnya.

"Kepentingan dan kerakusan peribadi serta ideologi politik sempit wajar diketepikan demi mencapai konsep negara makmur yang diberkati Allah.

"Islam tidak mengajar kita terlalu taksub dengan fikiran kita sendiri, atau dengan kelompok sesama kita saja sehingga kita menutup mata terhadap pandangan orang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, ini adalah kenyataan pertama Khairul sebagai respons terhadap teguran Tunku Ismail ekoran kekecohan pada hari forum "Nothing2Hide" berlangsung.

Forum itu sepatutnya dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjawab isu kontroversi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan urusan pembelian tanah oleh Tabung Haji.

Selepas Najib gagal hadir pada forum tersebut, Tunku Ismail mengkritik Najib kerana gagal menghadiri majlis berkenaan.

Tunku Ismail berkata, sudah dijangkakan Najib yang seharusnya menjelaskan tentang syarikat sarat hutang 1MDB, yang turut dihadiri pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada hari itu.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .