Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menggesa polis menyiasat tindakan Felda Global Venture (FGV) membeli kepentingan dalam satu syarikat perladangan Indonesia pada harga dan syarat-syarat yang didakwa merugikan syarikat itu.
Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, tindakan FGV membeli 37% saham PT Eagle High Plantations 12 Jun lalu pada harga Rp700 sesaham sewaktu harga pasaran saham itu hanya Rp400 (RM41) sesaham adalah "luar biasa tingginya".
"Saya mendesak agar siasatan segera dilakukan polis dan tindakan susulan perlu dilaksanakan berdasarkan aduan di atas," katanya.
The Edge sebelum ini melaporkan FGV membeli kepentingan dalam syarikat perladangan ketiga terbesar Indonesia itu pada harga keseluruhan US$631.5 juta (RM2.37 bilion) tunai.
PT Eagle High dilaporkan dikawal Tan Sri Peter Sondakh, yang "rapat dengan pemimpin politik ternama di Malaysia".
Sondakh bagaimanapun dalam satu laporan The Star sebelum ini yang disifatkan "menikmati hubungan baik dengan Najib", menafikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai kaitan dengan urus niaga itu.
Mazlan juga meragui tindakan FGV menjadi pemegang saham utama PT Eagle High namun pengurusan syarikat itu masih lagi dikuasai Rajawali Group yang turut mempunyai kepentingan dalam PT Eagle High.
"Ini amalan yang luar daripada kebiasaan," katanya.
Pada masa sama, beliau turut mempertikaikan satu urus niaga timbal balik yang menyaksikan PT Rajawali Group membeli 2.6% saham FGV pada harga RM182 juta.
Katanya, Koperasi Permodalan Felda (KPF) sendiri terpaksa berbelanja lebih RM800 juta bagi mendapatkan 5% saham FGV.
"Bermakna, saham FGV dijual kepada Rajawali Group pada harga yang sungguh istimewa," katanya.
sumber
No comments: