» »Unlabelled » Penjawat awam Pulau Pinang dapat bonus setengah bulan gaji untuk Aidilfitri 2015


Penjawat awam dalam perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim berkata pemberian bantuan khas kewangan itu melibatkan jumlah lebih RM5.2 juta.

"Bayaran untuk 4,178 penjawat awam itu akan dibuat pada 25 Jun 2015 ini," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Lim berkata kerajaan negeri juga akan memberi bantuan khas hari raya kepada penyelia dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA); guru Sekolah Rendah Agama Rakyat; guru Sekolah Menengah Agama Rakyat; guru dan staf Sekolah Persendirian Cina; guru tahfiz dan guru pondok; serta guru Tadika Islam.

Penyelia dan Guru KAFA, guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta guru dan staf Sekolah Persendirian Cina akan menerima bantuan RM300 manakala guru tahfiz dan guru pondok serta guru Tadika Islam akan dapat RM200, katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .