» » Najib Razak digesa jelaskan tuduhan WSJ yang mengatakan wang 1MDB digunakan untuk biayai kempen BN pada PRU13


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti segera menjawab dakwaan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mengatakan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) secara tidak langsung membiayai kempen pilihan raya 2013 beliau, kata DAP.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata tindakan Najib membisu berhubung laporan itu akan meninggalkan kesan kepada dirinya dan negara ini.

"Kebisuan perdana menteri atau pejabatnya mengenai pendedahan yang dibuat WSJ akan meninggalkan kesan buruk yang sangat serius bukan sahaja terhadap kewibawaannya tetapi juga reputasi negara," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

"Sebagai orang yang bertanggungjawab atas urus niaga 1MDB, dari segi undang-undang dan hakikatnya... berdiam diri bukan lagi satu pilihan untuk Najib kerana ia seperti satu mengakui kebenaran laporan WSJ itu."

Ahli Parlimen Gelang Patah itu bertanya sama ada Najib bersedia tampil menghadap Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam masa dua minggu ini untuk menjawab dakwaan WSJ itu.

"Adakah Najib bersedia meminta PAC menjadual semula pendengarannya berhubung skandal 1MDB itu supaya memberi keutamaan kepada beliau untuk muncul di hadapan PAC bercakap mengenai dakwaan WSJ itu, malah dalam masa seminggu dua ini?" soalnya.

WSJ melaporkan, 1MDB yang sarat dibebani hutang secara tidak langsung menyokong kempen Najib dengan membeli aset tenaga dari Genting Group pada 2012 pada harga lima kali ganda lebih mahal dari nilainya sebenar.

Genting didakwa menderma sebahagian dari pendapatan itu kepada sebuah yayasan yang dikuasai Najib, iaitu Yayasan Rakyat 1 Malaysia.

Menurut WSJ, yayasan itu kemudiannya mengumumkan beberapa projek amal yang kemudiannya dibangkitkan Najib ketika kempennya.

"Walaupun ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik melalui pendidikan dan sukan, projek amal itu tidak lama kemudian terlibat dalam perbelanjaan yang kelihatannya direka untuk membantu Najib mengekalkan kuasa pada pilihan raya Mei 2013," kata WSJ.

Mengulas perkara itu, pejabat perdana menteri bagaimanapun mengatakan, dakwaan WSJ itu tidak berasas.

"Malangnya, musuh politik perdana menteri, tidak mahu menerima rekodnya atau fakta, terus melemahkan dia dengan kutukan dan khabar angin tidak berasas untuk kepentingan politik tulen," ia dipetik berkata.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .