» » Model seksi dan ranggi bakal isteri artis nasyid


Baru-baru ini Cik Tina hadir dalam sebuah majlis. Dalam ramai-ramai tu adalah seorang wanita cantik yang ranggi dan seksi jugaklah.

Nampak penampilannya macam eksekutif dalam syarikat yang modenlah. Kemas dan bergaya dengan skirt kemas dan rambut pun mengurai rapi.

Dalam majlis itu Cik Tina nampak mesra sahaja mereka. Dengarnya dah bertunang dan sedang menanti tarikh yang sesuai untuk bernikah. Tapi pelik jugak Cik Tina tengok. Cik Tina ingat kumpulan nasyid ni sekurang-kurangnya mencari wanita yang bertudung.


Nanti apa pulak kata orang… suami bernasyid dan menyampaikan mesej keagamaan dan terlibat dalam majlis yang bersangkutan dengan agama, tapi isterinya tidak menggambarkan ciri-ciri itu.

Cik Tina tak naklah berfikiran negatif. Manalah tahu wanita itu sedang berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan. Mungkin selepas kahwin dia kena ikut perintah suami yang mahukan dia menutup aurat kan?

Sekarang ini ahli nasyid itu tak ada hak lagi sebab belum menjadi suaminya yang sah. Bila dah kahwin nanti barulah dia ada suara untuk menyuruh isterinya menjaga aurat.

Cik Tina: Cik Tina tengok makin ramai artis popular yang muda muda pun dah bertudung. Alhamdulillah. Cik Tina pun ada hajat juga nak bertudung bila sampai masanya nanti.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .