» » Jojie akhirnya berkahwin pada usia 50 tahun


Pengurus dan kakak Ratu Rock Ella, Jojie selamat bernikah dengan ahli perniagaan yang 14 tahun lebih muda.

Jojie, 50, bergelar isteri kepada Syahrizal Ismail dengan sekali lafaz dengan maskahwin RM888 di Masjid Ara Damansara pada pukul 10.05 malam ini.

Mereka dinikahkan oleh jurunikah Abdul Halim Abdul Rahman berwalikan abangnya Mohd Norhizam Aminuddin.

Mereka tidak bertunang sebaliknya Jojie atau nama sebenarnya Rozita Aminuddin menerima sebentuk cincin semasa Syah melamarnya pada 11 Disember lalu.

Mereka juga berkongsi perniagaan dengan mengeluarkan produk kecantikan jenama Lameya.

“Saya terbuka menerima Syah kerana keikhlasan dan kejujuran jiwanya untuk memperisterikan saya dan dia juga sedia menerima kelebihan dan kekurangan saya,” kata Jojie.


Dia juga tertarik dengan kematangan dan sifat bertanggungjawab Syah yang juga mampu memimpinnya ke jalan yang sempurna.

Perbezaan usia tidak menimbulkan pertikaian di antara mereka kerana masing-masing berasa ada keserasian di antara kedua-duanya.


“Tak ada langsung timbul soal status, usia ataupun pangkat di antara kami sebaliknya perkenalan kami lebih kepada soal melengkapi di antara satu sama lain,” sambung Jojie.

Majlis pernikahan dibuat secara sederhana kerana mereka mahu melaksanakan perkara wajib sahaja dalam pernikahan.


Resepsi mungkin akan diadakan selepas hari raya nanti.

“Biarlah saya dahulukan perkara wajib sahaja. Setidak-tidaknya sepanjang Ramadan ini saya sudahpun bersuami dan tentunya sambutan Aidilfitri kali ini lebih meriah,” katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .