» » 'Malaysia berdepan halangan besar capai matlamat RMK-11'


Pembaharuan yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) baru-baru ini berada di landasan betul walaupun kesannya belum kelihatan, kata Deutsche Bank dalam laporan ekonomi bulanannya dikeluarkan hari ini.

"Pada pandangan kami, kerajaan berada di landasan yang betul untuk melaksanakan strategi ini. Tetapi komitmen pelaksanaan pembaharuan ini masih belum dapat dilihat," kata Jakarta Globe memetik Diana Del-Rosario, seorang ahli ekonomi Deutsche Bank berpangkalan di Singapura, sebagai berkata dalam laporan itu.

Katanya, Malaysia berdepan dengan banyak cabaran, termasuk meningkatkan permintaan domestik dengan tindakan Putrajaya meneruskan dengan fasa terakhir rancangan ekonomi 5 tahun hingga 2020.

Laporan itu, "Searching for a New Bottom " berkata, ia adalah terlalu berisiko bagi Asia kini bergantung kepada permintaan luar, sebaliknya rantau ini perlu memberi tumpuan kepada permintaan dalam negara.

Katanya, dalam RMK-11, walaupun keputusan harus kekal positif, ia akan menjadi mencabar 5 tahun akan datang.

Putrajaya berharap RMK-11 akan melonjakkan ekonomi negara sehingga dapat mencapai status berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sebanyak 5-6% setiap tahun dari 2016 hingga 2020.

Bagaimanapun, dengan perdagangan global yang lemah, harga komoditi rendah dan beban hutang besar, tempoh 5 tahun akan lebih mencabar, Deutsche Bank dipetik sebagai berkata.

Deutsche Bank menganalisis 4 strategi yang dikenal pasti dalam pelan bagi mencapai pertumbuhan mampan, termasuk meningkatkan produktiviti, menggalakkan pelaburan, meningkatkan eksport dan mengukuhkan kedudukan fiskal.

Laporan itu berkata Malaysia akan melakukan terbaik dalam produktiviti, tetapi mempersoalkan kesannya ke atas ekonomi.

Menggunakan Singapura sebagai contoh – yang melancarkan program penyusunan semula pada 2010 – katanya, produktiviti lebih tinggi tidak selalu menghasilkan keuntungan lebih tinggi, tetapi ia mungkin Malaysia boleh menterjemahkannya ke dalam produktiviti keuntungan dengan pelaburan modal, seperti masa lalu.

Laporan Deutsche Bank menekankan penurunan pelaburan swasta dalam tempoh dua tahun lepas walaupun terdapat peningkatan keseluruhan sejak 2010.

Trend penurunan ini katanya, boleh berterusan, memandangkan kos pinjaman meningkat dan harga komoditi yang kekal rendah.

Ia juga berkata, pelaburan awam menurun dengan ketara dan bagi Malaysia untuk mencapai matlamat yang diingini, pelaburan awam perlu meningkat sebanyak 25% dalam tempoh 2012-14, tetapi ini mungkin sukar untuk dicapai.

Bank itu berkata pertumbuhan dalam import berkemungkinan mengatasi eksport di bawah RMK-11, dan mempunyai bajet seimbang pada 2020 akan menjadi sukar, memetik risiko seperti perbelanjaan terhadap subsidi.

Kos pinjaman yang lebih tinggi boleh memberi kesan ke atas hutang isi rumah dan mendorong kerajaan menyediakan bantuan kewangan untuk mengelakkan kelembapan dalam perbelanjaan pengguna, kata Deutsche Bank.

"Kami rasa peningkatan permintaan luar negara dan pemulihan harga komoditi akan membolehkan ekonomi Malaysia berkembang kira-kira 5% setahun dalam tempoh 5 tahun akan datang," tulis Del-Rosario.

"Namun, memandangkan persekitaran semasa di mana harga perdagangan dan komoditi global boleh kekal pasif dan kadar faedah rendah terhad, kerajaan berada di landasan betul untuk melaksanakan strategi yang akan mengukuhkan daya tahan ekonomi Malaysia dan melindungi kesejahteraan rakyat. Beban sekarang pergi kepada kerajaan untuk tetap komited bagi memperoleh pembaharuan ini dalam masa sepatutnya."

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .