» » 'Kumpulkan semua bukti dan laporkan kepada pihak berkuasa mengenai penyelewengan PRU13 oleh BN'

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mempersoalkan tindakan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 yang mendakwa ia gagal memperkenalkan pembaharuan yang perlu untuk mengekang penyalahgunaan tidak terbatas dan rasuah semasa kempen pilihan raya.

Ia susulan laporan Wall Street Journal (WSJ) mengatakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara tidak langsung membiayai kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata Bersih 2.0 sepatutnya mengumpul bukti dan membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berkenaan jika ia merasakan laporan WSJ itu ada kebenarannya.

"Kumpulkan bukti seberapa lengkap dan buat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika berkait rasuah supaya disiasat," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada The Malaysian Insider.

Katanya, ruang yang luas sudah diberikan kepada mana-mana pihak berhubung keputusan PRU13 yang lalu.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Bersih 2.0 yang masih mengungkit perkara sama selepas lebih 2 tahun.

"Sebanyak lebih 60 petisyen pilihan raya pada PRU13 dibawa ke Mahkamah Tinggi Pilihan Raya, tentu Bersih tahu apa keputusannya.

"Ruang yang luas diberikan untuk membuat dakwaan tapi mengapa diungkit sekarang selepas hampir 3 tahun PRU13," katanya.

Terdahulu hari ini, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata SPR perlu segera menyiasat dakwaan dibuat WSJ itu.

Katanya, ia akan memberi kebolehpercayaan kepada kebebasan SPR sekiranya ia mengambil tindakan terhadap Najib mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, khususnya Seksyen 10(a), yang meliputi aktiviti rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya dengan niat membeli undi.

Menurut laporan WSJ bertarikh 19 Jun, 1MDB yang sarat hutang menyokong secara tidak langsung kempen Najib melalui pembelian aset tenaga daripada Genting Group pada 2012, dengan harga 5 kali lebih mahal berbanding nilai sebenarnya.

Genting didakwa menderma sebahagian pendapatannya itu kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia, yang di bawah kawalan Najib, yang kemudiannya mengumumkan beberapa projek amal yang dibangkitkan perdana menteri pula selepas itu ketika berkempen.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri berkata dakwaan WSJ itu tidak berasas.

Dalam reaksinya, Bersih 2.0 mengecam apa yang diistilahkannya sebagai satu manipulasi dana dalam PRU13, mengatakan lebih mengejutkan apabila pembiayaan politik itu dikaitkan dengan 1MDB yang kontroversi dan pada ketika ini menjadi perhatian umum kerana hutangnya mencecah RM42 bilion.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .