» » Jadual Ayu Raudhah padat semasa Ramadan 2015


Kebiasaannya artis-artis popular akan bercuti sepanjang bulan Ramadan.

Berbeza pula dengan Ayu Raudhah yang dijangka semakin ligat bekerja semasa bulan puasa yang akan bermula esok.

Namun Ayu yang pernah mendukung watak heroin dalam beberapa buah drama sebelum mendirikan rumah tangga ini bukannya sibuk bekerja di lokasi penggambaran.

Sebaliknya, sepanjang Ramadan ini, Ayu, 31, sibuk menguruskan bisnes butik Padusi yang diusahakan bersama kakaknya, Rozita Che Wan.

“Permintaan daripada pelanggan terhadap produk jenama Padusi menakjubkan. Lebih-lebih lagi semasa menjelang Ramadan dan Syawal.

“Maka, jadual Ayu dan team Padusi amat padat ketika Ramadan ini. Selain menguruskan bisnes ini, Ayu juga akan terlibat dengan roadshow untuk bertemu pelanggan setia dan di waktu yang sama turut sibuk dengan pertunjukan fesyen hijab baik di dalam mahupun di luar negara,” ceritanya.

Ayu berkata begitu kepada majalah Harmoni yang mana dia adalah penghias kulit hadapan majalah keluaran 15 hingga 30 Jun ini. Ia sudahpun berada di pasaran.

Ayu baru pulang dari London bersama Rozita Che Wan kerana terlibat dengan penggambaran koleksi terbaru Padusi.

Koleksi Raya
Ayu yang sering mendukung watak-watak gadis Melayu yang lemah-lembut ini amat bersyukur dengan penerimaan orang ramai terhadap jenama Padusi.

“Alhamdulillah dan syukur sangat. Ia satu pencapaian yang sangat baik apabila ramai yang meminati rekaan tudung serta koleksi baju dan jubah Padusi.

“Terbaru, kami sedang sibuk mempromosikan koleksi instat shawl di bawah jenama Zeyta En Raudah.

“Sebagai menghargai mereka, kami sentiasa menghasilkan rekaan-rekaan terbaru dari semasa ke semasa.

“Terkini, kami hasilkan koleksi istimewa sempena Syawal. Jadi, sepanjang bulan puasa, jadual Ayu sangat padat,” ceritanya.


Tolak Tawaran Berlakon

Isteri kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, Zaquan Adha, 28, serta ibu kepada dua orang anak lelaki ini masih menerima tawaran berlakon.

“Rindu sangat nak berlakon tetapi Ayu terlalu sibuk menguruskan bisnes Ayu sehinggakan Ayu tidak ada masa untuk berlakon buat masa sekarang.

“Di masa yang sama, Ayu juga perlu menguruskan rumah tangga.

“Anak sulung Ayu, Muhammad Aisy Qaiser baru berusia tiga tahun. Anak kedua pula, Muhammad Aisy Aryann baru sahaja masuk setahun.

“Mujurlah Ayu bekerja sendiri, jadi lebih mudah untuk Ayu mengurus anak-anak. Tambahan, Aryann masih menyusu badan,” jelasnya lagi.

Ada banyak lagi kisah menarik mengenai Ayu menerusi majalah Harmoni.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .