Penghijrahan Erra Fazira yang kini mengenakan hijab penuh menggembirakan peminatnya. Malah ada segelintir peminat tegar yang khabarnya turut berhijab kerana mengikut Erra.
Semestinya Erra gembira bila peurubahan positif dirinya turut mengheret orang lain untuk berhijrah. Namun Erra berhijab kerana kemahuan sendiri bukan kehendak orang lain.
“Ia memberikan sokongan positif kepada saya. Berhijab ini satu gerakan dari Allah. Kita kena sentiasa fikir positif danjangan ingat bahawa berhijab ini satu trend.
“Kalau ada orang yang berhijab kerana artis kesukaan mereka berhijab, pada saya itu juga satu perkara yang baik. Daripada situ mereka mestilah akan belajar dan mula selesa berhijab.
“Lama kelamaan dia akan tahu batas-batas seorang yag berhijab dan akan menjaganya,” kata Erra.
Erra juga tidak mahu memikirkan cakap-cakap orang yang membuat andaian dia berhijab kerana memenuhi kemahuan seseorang.
“Saya tahu ada yang memperkatakan begitu, tapi saya tak pedulikan pun perkara itu,” ujar Erra.
sumber
No comments: