Dua bulan selepas kerajaan Barisan Nasional(BN) memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), terbukti kos sara hidup rakyat turut meningkat, kerana terpaksa menanggung kesan berantai peningkatan harga barangan di pasaran.
Hakikat menunjukkan kata-kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkenaan harga barangan akan turun dengan GST bukan sahaja tidak berasas, malah semata-mata berniat untuk mengelirukan dan menipu rakyat.
Menurut satu statistik kajian yang dijalankan mengikut piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hasilnya menunjukkan kira-kira satu pertiga atau sebanyak 2 juta isi rumah di Malaysia masih memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000.
Nasib rakyat golongan berpendapatan rendah ini kini menjadi lagi tertekan dengan pelaksanaan GST serta penarikan subsidi barang keperluan asas oleh kerajaan.
Polisi ini adalah tidak adil mahupun rasional, memandangkan pada masa yang sama, budaya boros, ketirisan, korupsi malah skandal seperti 1Malaysian Development Berhad (1MDB) terus berlaku, tetapi rakyat yang terpaksa menanggung akibat defisit fiskal negara.
Kerajaan menjangkakan akan mengutip sebanyak RM31.4 bilion daripada GST setahun untuk 5 tahun akan datang. Maka, beliau menuntut agar pihak kerajaan mengumumkan perancangan untuk membelanjakan hasil kutipan tersebut. Ini penting untuk menjamin kepentingan dan faedah rakyat jelata.

No comments: