» » Dr M pilih untuk bersuara mengenai salah laku 1MDB kerana orang lain tidak berani melakukannya di M'sia


Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku beliau berada di belakang krisis yang melanda syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hanya kerana beliau mengetengahkan aduannya kepada pengetahuan umum.

Dr Mahathir berkata, beliau memilih untuk bersuara mengenai "salah laku" 1MDB kerana orang lain tidak berani melakukan demikian, sedangkan kebisuan mereka itu akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum akan datang.

“Perdana menteri kata Dr M (sayalah) di belakang krisis itu,” tulis Dr Mahathir dalam entri terbaru blognya chedet.cc hari ini.

“Saya mengaku, memang saya di belakang 'krisis' itu. Saya di belakangnya kerana wujud iklim ketakutan di negara ini,” katanya.

Beliau mendakwa, ramai yang menyedari "kehilangan berbilion ringgit oleh 1MDB", tetapi terlalu takut menghadapi akibatnya sekiranya mereka menyuarakan kebimbangan mereka.

"Jadi, mereka datang kepada saya. Mereka minta saya 'lakukan sesuatu'," tulisnya.

Beliau berkata, pada mulanya beliau tidak meneruskannya kerana tidak mahu Najib disoal, tetapi cubaan beliau menghubungi perdana menteri secara peribadi tidak mendatangkan sebarang hasil.

"Jadi saya terpaksa membawanya ke khalayak. Najib memusnahkan Umno dan BN. Saya tahu dia akan kalah pilihan raya akan datang. Dan kemudian seluruh negara akan menyaksikan kegawatan kerana tiada parti yang akan mempunyai majoriti untuk mentadbir negara.

"Pembangkang tidak boleh (mentadbir) kerana mereka akan bergaduh sesama mereka. Kerajaan Pakatan akan lemah dan tidak stabil," kata Dr Mahathir, merujuk kepada gabungan pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata negara akan bertukar menjadi anarki tanpa kerajaan yang kuat dan krisis yang mengirinya ia akan menjadi lebih teruk.

"Jadi saya memutuskan untuk mendedahkan salah laku 1MDB di mana perdana menteri pada asasnya merupakan ketuanya,” katanya.

Najib dalam entri terbaru di blognya berkata, bekas perdana menteri itu berada di belakang "kekecohan" di negara ini kerana serangannya dan tindakannya yang mengulangi "pembohongan dan fitnah pembangkang".

Beliau juga mendakwa Dr Mahathir membuat "sindiran, bercakap separuh benar, berjenaka yang mengelirukan dan memutar belit kenyataan bagi membuatkan kenyataannya menarik dan sedap.

"Ada hutang RM42 bilion? Ya. Ada wang hilang? Tidak. Tetapi putar belit itu sudah dimulakan," kata Najib di ruangan Soalan Lazim blognya.

Tetapi Dr Mahathir menegaskan hari ini, berbilion ringgit kini hilang dalam kes 1MDB tetapi mereka yang tahu dan ada bukti mengenainya tidak berani tampil ke depan.

"Dengan menuduh saya bertanggungjawab terhadap krisis itu, Najib mengatakan kita kena terima kehilangan wang berbilion ringgit itu dan bertindak seolah-olah tiada apa kesalahan dilakukan.

"Daripada minat dan keprihatinan yang ditunjukkan rakyat terhadap kehilangan dialami 1MDB, perkara itu tidak boleh dibiarkan.

"Orang yang bertanggungjawab mesti disiasat dan jika didapati bersalah, mereka mesti dihukum."

1MDB kini sedang disiasat Bank Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan ketua audit negara selepas mengumpul hutang mencecah RM42 bilion dalam tempoh enam tahun sejak penubuhannya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .