» » 'Bila rakyat majoriti disesuatu negara tersisih dari segi ekonomi ia akan menjadikan negara tersebut tidak stabil'


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan tiada salahnya bagi kaum Bumiputera memperkatakan tentang keadaan ekonomi mereka yang agak terpinggir dan ia tidak bermaksud untuk bersifat perkauman.

Timbalan perdana menteri berkata ini kerana dunia pernah membuktikan jika kaum majoriti sesebuah negara itu dipinggirkan maka ia dapat mengundang pergolakan dan perbalahan.

"Banyak bukti yang ada di serata dunia menunjukkan apabila golongan majoriti di sesebuah negara tersisih daripada arus perdana kemajuan ekonomi negara aeta gagal menikmati kekayaan negara secara adil dan saksama maka negara itu tidak akan menjadi sebuah negara yang aman dan stabil.

"Pergolakan, perbalahan dan krisis akan berlaku dan ini bukanlah satu perkembangan yang dihat untuk sesebuah negara," katanya pada Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2015 di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin berkata, bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran yang berterusan untuk Malaysia, kerajaan akan meneruskan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera secara adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum.

Katanya, tumpuan akan diberikan kepada usaha membela nasib golongan 40% terbawah yang majoritinya adalah Bumiputera.

"Dalam memastikan kejayaan agenda Bumiputera, aspek paling penting yang perlu diberi tumpuan ialah memantapkan tadbir urus kementerian, agensi atau institusi yang diamanahkan melaksanakan dasar pembangunan ekonomi Bumiputera.

"Mereka yang dipertanggungjawabkan hendaklah mengamalkan sikap jujur, amanah, berintegriti dan telus dalam membuat sebarang tindakan dan keputusan.

"Saya percaya jika aspek tadbir urus dan integriti ini dapat kita perkukuhkan, maka ketirisan dan kelemahan dalam pelaksanaan agenda ekonomi Bumiputera akan dapat diatasi," katanya.

Beliau berkata berdasarkan laporan yang dikeluarkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini, cabaran besar negara pada tahun mendatang ialah menangani jurang intra dan inter etnik.

Katanya, jurang lain ialah perjawatan korporat, jurang antara bandar dan luar bandar serta di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dalam menangani ketaksamaan pada hari ini adalah jauh lebih perit berbanding menstrukturkan semula masyarakat pada tahun 1970-an.

"Ini kerana arus liberalisasi ekonomi dan pasaran terbuka sudah pasti menjadi antara halangan utama kerajaan dalam melaksanakan sebarang tindakan afirmatif untuk membantu golongan yang terpinggir," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .