» » Adik Najib Razak persoalkan kelewatan audit tahunan 1MDB kerana ia begitu mencurigakan


Kelewatan proses audit terhadap syarikat pelaburan milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berakhir Mac tahun ini 'membingungkan' pengerusi CIMB, Nazir Tun Razak.

"Saya hairan mengapa audit Mac 2015 belum bermula? Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan? Adakah standard tadbir urus GLC jatuh begitu rendah?" Nazir berkata demikian menerusi akaun Instargram pada Khamis malam.

Posting Nazir itu turut disertakan dengan logo 1MDB.

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed mendedahkan bahawa akaun tahun kewangan 1MDB yang berakhir pada Mac tahun ini masih belum diaudit.

Nazir, yang juga adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini turut pernah mengkritik 1MDB.

Ia berikutan kegagalan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy 1MDB dan juga bekas CEO, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi kerana tidak menghadiri siasatan PAC.




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .