» » Undilah pihak yang mahu mansuhkan GST


Ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin yang dijadualkan berlangsung 5 Mei ini semakin memuncak, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terus-terusan mengkritik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Tuan Ibrahim pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) 2.0 di Muadzam Shah, Pahang malam tadi berkata sekiranya Ahmad mengatakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memahami sistem percukaian baharu itu, apatah lagi pengundi-pengundi di Rompin.

"Kalau Tun Mahathir pun serang Najib, kalau Tun pun tidak faham GST, takkanlah orang Rompin boleh faham," kata Tuan Ibrahim dalam ceramahnya di hadapan sekitar 3,000 penyokong PAS malam tadi.

Tanpa kehadiran mana-mana kepimpinan tertinggi daripada parti komponen Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PAS, ceramah malam tadi yang hanya dihadiri beberapa kepimpinan negeri dan Pusat PAS membangkitkan isu GST yang dilaksanakan pada 1 April lalu.

Selain Tuan Ibrahim, pemimpin PAS lain yang dilihat hadir ialah Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan, Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan mantan calon PRK Rompin ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Noridah Salleh, dan calon untuk kerusi berkenaan Nazri Ahmad.

Dalam ceramahnya, Nazri berkata himpunan berkenaan dianjurkan sebagai tanda bantahan terhadap sistem percukaian baharu menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

"Himpunan kita ingin menyatakan kekecewaan, bantahan terhadap sistem percukaian GST, yang membebankan, menyusahkan rakyat. Maka InsyaAllah, Allah hantar isyarat melalui keputusan pilihan raya pada 5 Mei nanti," katanya, dalam ceramah sekitar 10 minit.

"Jangan anggap satu undi itu biasa, sebaliknya, setiap undi PAS, adalah satu tanda protes terhadap GST Barisan Nasional (BN) hari ini," katanya.

PAS melalui kempen PRK mereka di Rompin turut menganjurkan demonstrasi sebagai tanda protes terhadap GST, malah parti Islam itu juga menggunakan slogan “Satu undi untuk PAS, satu undi untuk bantah GST" dalam kempen mereka.

Susulan kritikan dan serangan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, termasuk isu GST, Ahmad dilaporkan berkata bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu tidak memahami cukai berkenaan.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?" kata Ahmad sebelum ini yang menyebabkan pengguna media sosial menjadikannya bahan lawak.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .